RESEPI LIDAH KUCING PELANGI

My first post is… resepi lidah kucing pelangi.. which is one of my favourite biskut… hihihhih

Ha cantik kan…warna warni, sebenarnya biskut ni popular di Indonesia dan Singapore.Sekarang dah mula popular di Malaysia.Sangat simple,rangup dan sedap.Sesuai untuk kanak-kanak kerana teksturnya yang rangup dan lembut.Boleh dijadikan biskut raya atau doorgift.

Resepi Lidah Kucing Rainbow

250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza (merah,oren,kuning,hijau,biru,purple)

Dulang khas lidah kucig rainbow
(boleh beli di kedai2 bakeri, banyak saiz, harga RM22++)

Cara-cara
1. Griskan loyang dengan sedikit butter

2. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahaagian.Letakkan pewarna untuk setiap bahagian.Letak setitik kecil sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yg telah masak.

5.Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil.
Paipkan atas loyang lidah kucing.
Jangan paipkan terlampau penuh kerana aduna akan mengembang bila dibakar.

6. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit.
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus.
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.