RESEPI KEK BATIK..

Bahan-bahannya:
1) 2 cawan milo
2) 2 sudu besar serbuk koko
*tak letak pun xpe*
3) ½ tin susu pekat manis (tin yg biasa) *ikut tahap kemanisan masing2..
4) 1 buku buttercup
5) 1 paket biskut meri (plain)
6) 1 sk esen vanilla
*tak letak pun xpe*
Cara penyediaan :
1) Cair kan butter dalam periuk.. bila dah cair masukkan susu pekat.. gaul sebati..api sederhana..
2) Masukkan milo dan serbuk koko ke dalam periuk.. gaul sehingga sebati..
Pastikan tiada milo yg berketul2..
3) Masukkan esen vanilla dalam periuk.. gaul sebati dan padam api..
4) Masukkan biskut yg telah di patah kan ke dalam periuk dan gaul rata..(biskut meri tu boleh patah 4.. patah 2 boleh.. tapi jangan sampai hancur okeh..)
5) Masukkan dalam bekas/Loyang yg sudah dialas dgn plastic.. (letak plastic untuk memudahkan proses nak keluarkan dari bekas nanti)
6) Padatkan kek batik di dalam bekas tadi dengan menekan2 belakang sudu ke permukaan kek batik tu..bila dah padat simpan dlm peti sejuk at least 4 jam supaya keras..
Siap.. untuk memudahkan potong boleh keluarkan 30minit before potong..
Boleh la dimakan bersama2 air kosong.. hahaha..
Nape air kosong??
Sebab kek batik ni kan dah manis.. so tak yah la minum air manis lagi.. hihi..
Tp resepi kek batik yg ibu dilah buat ni tak berapa manis sgt..
Sbb ibu dilah tak suka manis sgt.. lagi satu sebab ibu dilah ada letak serbuk koko vanhaunten.. serbuk koko ni kan pahit sikit..
So dpt la mengurangkan rasa manis tu.
Sedikit TIPS:
** Kalau suka kek batik yg rangup, lebih baik jgn campur biskut meri dalam campuran milo yg dah masak.. ikut kaedah susun biskut lapis coklat susun biskut lapis coklat..
** Kalau suka kek batik yg lembut, semasa sediakan campuran coklat tu, patah2 kan biskut dulu.. bagi biskut tu lemau sikit.. so, kek batik tu akan rasa lembut..
SELAMAT MENCUBA